Monday, February 28, 2011

Win-win Situation

Horay....

Even we all xde training giler2 tapi ttp mampu mengatasi kemelut kejuruletihan tadi. Tahniah kepada team terjun IPGKTAA coz mampu menahan kemaraan pihak lawan. Terutama geng bola jaring KPLI yang menang satu2nya gol pada friendly match td.

CONGRATULATION!!!

Khas buat KPLI BI, D-ja, Che Sue, Iera Wakaka, Echa n myself coz kte berjaya mencukup jumlah yg diperlukan.

HAPPY NGAT.. =)

Netball Friendly Match




Hari Senin yang tidak sesenin mane ni kami ade perlawanan persahabatan bersama pelajar2 SMK Kuala Lipis. Penegcualian untuk latihan rumah sukan akan dikendaliakan oleh pegawai yang bertanggungjawab, En. Mat Yani.

Di jadualkan kami akak 'berperjalanan' pada 1715 menggunakan kurniaan Allah. Bersama kami akan ada pelajar PISMP yang bergabung menjadi satu team. Pembentukan team ni agak kelam kabut coz ramai yg telah tercedera dan terpaksa menarik diri.

Saya harap semoga kami akan dapat menunjukkan prestasi yg cemerlang gemilang dan terbilan.

STANDING IN THE EYES OF THE WORLD. chayok..chayok..

Sunday, February 27, 2011

Kenapa harus berbeza?



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Pagi Isnin, 28 Februari 2011 bersamaan 25 Rabi'ul Awwal 1432 H yang redup. Suasana nyaman dan tenang di sekitar kampus. Burung-burung berkicau riang menghargai keindahan alam yang tersergam. Kehijauan bumi Allah adalah satu rahmat yang tidak ternilai oleh kami semua. Walaupun terpinggir dari arus kemodenan dan pembangunan dan hidup dalam serba kekurangan namun warga kampus ini amat berbangga berada di sini.

Pada tarikh ini, semua warga kampus telah dijadualkan untuk menghadiri satu taklimat berkaitan pentaksiran sekolah. Mereka didedahkan dengan pelbagai teknik penaksiran dan kenapa perlu untuk memansuhkan peperiksaan UPSR dan PMR. Logik dan kajian yang telah dijalankan, menunjukkan bahawa pemansuhan ini amat perlu memandangkan perbezaan dan ketidakseimbangan sistem pembelajaran antara kawasan dan juga beberapa kepincangan yang timbul dari sistem pendidikan sekarang.

Fokus saya di sini bukan untuk membincangkan sistem penaksiran ataupun pemansuhan UPSR dan PMR tetapi lebih kepada dilema pelajar KPLI.

Apa masalah "mereka" dengan pelajar KPLI? Apa salah pelajar-pelajar KPLI sehingga mereka selalu disalahertikan? Apa yang membuatkan mereka buruk dimata "mereka"? Bukan setakat pelajar-pelajar jurusan ijazah malah segelintir staf HEP dan pensyarah yang turut menyalahkan mereka atas sebab yang mereka sendiri tidak ketahui.

Pernah menyandang jawatan tinggi di dalam syarikat swasta bukanlah sesuatu yang mereka banggakan. Mereka sanggup lepaskan jawatan yang bergaji 5 angka semata-mata mengejar niat murni untuk menjadi pendidik. Kenapa harus disalahertikan?

Baru sebentar tadi kewibawaan mereka di perkotak-katikkan. Layanan yang diberikan seolah-olah mereka adalah kanak-kanak kecil yang harus diasuh dan dididik dengan ketegasan. Kata-kata yang dihamburkan amat menyakitkan hati dan telah menjatuhkan maruah mereka sebagai seorang manusia, menghilangkan terus semangat untuk memperjuangkan nasib anak bangsa. Kenapa harus dibandingkan antara KPLI dan PISMP? Mana kurangnya KPLI sehingga PISMP dijulang ke langit?

Memang menjadi masalah sekiranya dokumen penting untuk pembelajaran tiada bersama pelajar. Namun prihatinkah "mereka" masalah yang pelajar ini hadapi? Sudikah "mereka" mendengar sebab dan alasan mengapa mereka tidak memilikinya?

Mereka diasuh, dididik dan selalu diingatkan supaya mempunyai sifat lembut dan prihatin terhadap murid-murid di sekolah. Mereka disuapkan dengan sikap dan sifat simpati dan empati agar menjadi guru yang bertanggungjawab dan disenangi oleh semua. Namun, bagaimanakah sikap yang telah ditunjukkan oleh "mereka" supaya dicontohi oleh mereka? Renungkan wahai "mereka" yang merasakan diri hebat!!

Mereka adalah pelajar yang telah melepasi zaman kolej dan merupakan pelajar yang berkerjaya. Layanan sebagai dewasa yang telah matang merupakan cara terbaik untuk pelajar kategori ini. Sebagai manusia, pelajar ini memiliki naluri untuk dihargai, bukan sekadar menjadi bahan kekangan dalam melunaskan tanggungjawab. Sekiranya tidak sanggup untuk melayan kerenah pelajar terlebih umur seperti mereka, tolak sahaja jawatan sebagai pensyarah yang bertanggungjawab.

Kepada pejara KPLI, selamat maju jaya. Abaikan "mereka" dan hati "mereka" dan tumpukan kearah mencapai kecemerlangan bersama. Kamu sememangnya hebat sehingga dicemburui seantero alam.

Friday, February 18, 2011

@ 'KL'

KL...
What do you have in mind?
A big and busy city perhaps..
But my KL is totally different!!
If you are looking for a nice, calm, quiet and natural location for relaxing your mind, my KL in the most suitable location.
Kuala Lipis or we call it KL, the most famous town around here.
Place for 'lepak-ing' during weekend.
So, do visit my KL.
~~~~WELCOME TO KL~~~~

 
Blogger Templates by Wishafriend.com