Tuesday, November 23, 2010

Princess




Dah lama tak update blog. Password pun dah lupa. Nasib baik ada recovery, selamatlah I'm Yours ni. Nak berkongsi cerita anak buah. Cuti Hari Raya Aidiladha baru2 ni, ibu ngan ayah baby ni ( parents dia) terpaksa tinggalkan dia di kampung bawah jagaan Tok Ma (Ma kami) ngan Mummy (saya). Sempena cuti sekolah, saya dapat membantu Ma menjaga baby ni. Baby yang diberi nama Ashaini ini sangat baik. Hanya merengek bila kelaparan sangat. itupun hanya sekejap. Bila sudah kenyang, dia boleh dibiarkan bermain di atas tilam kecilnya tanpa pengawaasan yang maksima, Cukup sekadar berada di sisi dan memanggil namanya sekali sekala.

Even malam, dia hanya merengek halus meminta susu. Sangat senang untuk tidurkan. peluk kejap sambil menepuk lembut. Pasti dia akan terlena. Memang bagus budaknya. Harap our little princess akan menjadi seorang anak yang baik dan beriman.

Diharap kepada ayah dan ibu princess supaya dapat biarkan princess di kampung agar terdidik akhlak dan imanya. Bukan meragui pengajaran dan asuhan ibu bapa tetapi ibubapa yang berkerja mempunyai masa yang terhad utntuk mengajar anak2 tentang kehidupan yang lebih sempurna.

Saya juga mengukir janji akan mengharapkan asuhan Tok Ma dan Tok Pa apabila sudah dikurniakan cahayamata. Semoga ilmu yang mereka ada dapat menjadikan permata hati saya insan yang sempurna dan luhur. Atas acuan mereka, saya dapat menyimpulkan bahawa saya berjaya menjadi seorang insan yang mampu menilai buruk baik sesuatu dan mempunyai jiwa yang kental dalam menghadapi hidup yang penuh cabaran ini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat ibu dan bapa tersayang. Walau tidak pernah terucap tetapi jauh di lubuk hati, perasaan itu berbunya mekar tanpa perlu disiram atau dibajai..

Wednesday, November 10, 2010

Time is short..

Today is Wednesday...
Tomorrow is Thursday...
Then, Friday, Monday n Tuesday...
Lots of business to be settle in this short time. Hope I will be able to do it. Please help me dear Allah...

 
Blogger Templates by Wishafriend.com