Friday, May 13, 2011

CABARAN TERAKHIR

Detik menghabiskan Semester 1 hampir tiba. Pembahagiaan masa hampir tidak terbahagi. Kerencaman yang teramat sangat.

Disebalik keghairahan pensyarah2 berebut untuk buat kelas ganti,kami pula bertungkus lumus menyiapkan RPH dan persiapan untuk makro teaching. Kerja kursus yang membawa markah 100% juga menimbun.

Kelas TESL Jan 2011 sungguh tak terurus.

Menjelang hari Guru pada 16 Mei ini, kami akan meraikannya di tapak perkhemahan sempena memenuhi keperluan sukatan pelajaran Unit Beruniform. Perkhemahan ini akan bertersan sehingga 20 Mei 2011 iaitu daripada Isnin sehingga Jumaat.

Sebaik mencecahkan kaki ke bumi IPG, kami akan mengikuti kursus kejurulatihan badminton. 'Pemain' hoki dan bola sepak pula akan menganjurkan satu pertandingan persahabatan pada hujung minggu yang sama.


Minggu terakhir kuliah menyaksikan perebutan masa kuliah oleh pensyarah2 semua. Masa kami yang makin singkat menjadi makin berharga kepada para pensyarah.

Tarikh keramat yang ditunggu2 bakal menjelang. Harapan : agar semua tugasan dapat dilaksanakan dengan gemilang dan kami semua akan menjadi unit yang cemerlang.

InsyaAllah...

0 comments:

 
Blogger Templates by Wishafriend.com